S. Jaishankar
S. Jaishankar

S. Jaishankar


'Subrahmanyam Jaishankar '(lahir 9 Januari 1955) ialah seorang diplomat dan ahli politik India yang berkhidmat sebagai Menteri Hal Ehwal Luar bagi negara India sejak 30 Mei 2019.[1]. Beliau adalah ahli Parti Bharatiya Janata dan Ahli Parlimen di Rajya Sabha sejak 5 Julai 2019. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Luar dari Januari 2015 hingga Januari 2018[2][3] to January 2018.[4].Beliau menjadi diplomat kedua yang dilantik sebagai menteri Hal Ehwal Luar India, selepas Natwar Singh.[5][6]Beliau menyertai Perkhidmatan Luar Negeri India (IFS) pada tahun 1977 dan sepanjang kerjaya diplomatiknya selama lebih 38 tahun, beliau berkhidmat dalam pelbagai kapasiti di India dan luar negara termasuk sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Singapura(2007–2009) dan sebagai Duta Besar ke Republik Czech ( 2001–2004), China (2009–2013) dan Amerika Syarikat(2014–2015).Jaishankar memainkan peranan penting dalam merundingkan Perjanjian nuklear awam Indo-AS.Selepas bersara, Jaishankar menyertai Tata Sons sebagai Presiden, Hal Ehwal Korporat Global[7] Pada 2019, beliau dianugerahkan Padma Shri, penghormatan awam keempat tertinggi India[8]Pada 30 Mei 2019, beliau mengangkat sumpah sebagai menteri kabinet dalam kementerian Modi kedua. Beliau dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Luar pada 31 Mei 2019. Beliau adalah bekas Setiausaha Luar pertama yang mengetuai Kementerian Hal Ehwal Luar sebagai Menteri Kabinet.

S. Jaishankar

Lahir Subrahmanyam Jaishankar
(1955-01-09) 9 Januari 1955 (umur 69)
New Delhi, India
Pekerjaan Penjawat awam, diplomat, ahli politik, pengarang
Didahului oleh Nirupama Rao
Alma mater Kolej St. Stephen, Delhi (BSc),
Universiti Jawaharlal Nehru (MA, MPhil, PhD)
Digantikan oleh P.S. Raghavan
Pasangan Shobha Jaishankar (meninggal)
Kyoko Jaishankar
Anugerah Padma Shri (2019)
Kawasan pilihan raya Gujarat
Parti politik Parti Bharatiya Janata
Bapa K. Subrahmanyam
Anak-anak 3
Presiden K.R. Narayanan
A.P.J. Abdul Kalam
Perdana Menteri Atal Bihari Vajpayee

Rujukan

WikiPedia: S. Jaishankar https://www.india.gov.in/my-government/indian-parl... http://pib.nic.in/newsite/eRelease.aspx?relid=1150... https://web.archive.org/web/20150128210444/http://... https://web.archive.org/web/20230718114039/https:/... https://web.archive.org/web/20220503151137/https:/... https://web.archive.org/web/20180525204501/http://... http://www.mea.gov.in/fs.htm https://www.outlookindia.com/website/story/india-n... https://indianexpress.com/article/cities/ahmedabad... https://www.timesnownews.com/india/article/subrahm...